|

Kejayaan pendaki cilik Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor yang berjaya mencipta rekod sebagai pendaki tangga termuda di Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008 telah membuka mata semua masyarakat di negara ini.
Kejayaan beliau yang mencipta rekod pada usia tiga tahun,11 bulan dan 25 hari itu telahdicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records sebagai pendaki tangga termuda di dunia.
Atas keyakinan dini dan semangat yang tinggi ditunjukkan itu menyebabkan beliau juga telah berjaya mendaki Gunung Kinbalu untuk menyambut ulangtahun ke 4 di puncak tertinggi di Asia Tenggara pada 13 Jun 2008.
kejayaan dalam pendakian tangga itu menyebabkan beliau terus merintis pendakian anak tangga menara sebagia satu riadah untuk kecergasan diri disamping menguatkan mental untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.
Walaupun hingga kini hanya beliau sahaja yang berjaya melakar sejarah sebagai pendaki tangga termuda dunia, ianya tidak habis di situ sahaja.
Buku bertajuk PERMATA TANAHAIR yang diterbitkan oleh Jejak Puncak dalam dua siri kini berada dipasaran bertujuan untuk mencungkil bakat khususnya kanak-kanak SATU MALAYSIA untuk turut sama mencipta rekod pada masa akan datang.
Kedua-dua buku PERMATA TANAHAIR itu mengisahkan bagaimana persediaan mental dan fizikal sebelum melakukan satu-satu pendakian anak tangga dan gunung sehinggalah ianya berhasil dengan satu rekod kejayaan yang unik dan jarang dapat berlaku oleh kanak-kanak.
Buku ini merupakan perintis kejayaan pendaki termuda dunia menawan tangga Menara Kuala Lumpur pada 6 Jun 2008, menawan puncak Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara pada 13 Jun 2008 serta menjadi pendaki termuda dalam Pendakian Merdeka 2008.
Untuk mengetahui perjalanan adik Muhammad Syahrulnizam Mohd Noor atau lebih mesra dengan panggilan AROL dalam pendakian tangga dan gunung, sila dapatkan buku yang diterbitkan dalam dua siri bertajuk PERMATA TANAHAIR, Muhammad Syahrulnizam yang mula berada di pasaran mulai 20 April 2009.
Anda berpeluang mendapatkan naskah 2 siri buku PERMATA TANAHAIR, MUHAMMAD SYAHRULNIZAM di MENARA KUALA LUMPUR.
Bagi mereka yang terasa sukar untak mendapatkan naskah buku ini.. pihak kami juga menyediakan tempahan melalui online dan juga pembelian e-book dengan harga yang paling minima kerana ianya tidak terdapat di mana-mana kedai buku dan hanya terdapat di dalam laman web rasmi ini.
Pihak kami juga akan mengadakan promosi bergerak ditempat-tempat tertentu seperti karnival, majlis-majlis belia bersama dengan adik Muhammad Syahrulnizam yang akan diberitahu di dalam laman web ini dan juga di media.
Dapatkan segera, sebelum kehabisan stok......
 |
Menarik mengenai "PERMATA TANAHAIR "
 |
Pengalaman sebenar dalam mengharungi cabaran sebagai Pendaki Termuda Tangga Di Dunia |
 |
Kandungan ringkas dan sesuai untuk semua peringkat umur khususnya untuk MOTIVASI |
 |
Teks bergambar dengan kualiti yang menarik dan sesuai untuk dibuat rujukan. |
 |
Penghantaran cepat dan selamat |
 |
Murah dan sesuai untuk dibuat koleksi |
|
TEMPAH PEMBELIAN ANDA SEKARANG SEKARANG!!
|
|
Menu Utama
| Blog Buku |
Blog Penulis |
Hubungi Kami |
|
Hak Cipta
Terpelihara © 2009 webmaster@summitmy.com
Jumlah pelawat sekarang :
User IP Address: 38.107.191.91 |
|